Sejarah

Pertanyaan

jelaskan secara singkat proses terjadinya perjanjian hudaibiyah

1 Jawaban

  • Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

    Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Perjanjian Hudaibiyah" untuk menuntut bela atas kematian Uthman. Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".


    Isi Perjanjian Hudaibiyah

    * Gencatan senjata selama 10 tahun.

    * Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.

    * Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.

    * Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.

Pertanyaan Lainnya